'Takkan nak cakap jangan sentuh anak saya!' – Amyra Rosli letak syarat

0
279
Advertisement

Pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin tidak menghalang anak sulung mereka, Aqeef Anaqi untuk terbabit dalam dunia seni dalam usia muda.

Namun, kata Amyra, 27 tahun, terdapat beberapa syarat perlu dipatuhi oleh pihak yang menawarkan Aqeef untuk menjadi duta sesebuah jenama.

“Saya dan Amar tidak menolak sekiranya kami sekeluarga ditawarkan untuk menjadi duta, terbabit dalam sesi fotografi dan promosi kerana kami sudah menjadi satu pakej.

“Tetapi kami sudah menetapkan syarat supaya anak kami, Aqeef tidak perlu turun padang untuk sesi ramah mesra yang melibatkan terlalu ramai orang.

“Semua pihak perlu faham Aqeef baru berusia lima bulan dan saya tak boleh menghalang orang yang mahu mendekati dan menyentuhnya.

“Takkan saya nak cakap jangan sentuh anak saya pula. Pasti akan ada yang terasa hati,” katanya kepada Astro Gempak.

Amyra ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Anggun Aidilfitri Mek Kembang Cotton di The Everly Putrajaya baru-baru ini menegaskan pembabitan anaknya tidak perlu membebankan sesiapa.

“Kalau terbabit dalam sesi fotografi pun saya tidak mahu akan saya terbeban. Dia tidak perlu bekerja keras dalam usia yang masih kecil,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Amyra kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Nur yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan nanti.

Amyra dan Amar juga tercalon untuk Top 5 Couple MeleTOP untuk Anugerah MeleTOP Era (AME2018) yang bakal berlangsung pada 8 April depan.

Undian fasa kedua ini boleh dibuat menerusi laman web rasmiĀ www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan RAKU serta melalui kiriman SMS bermula 6 Mac 2018, jam 6.00 petang hingga 8 April 2018 jam 12.00 tengah hari.

Teks oleh: Amri Hassan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here