Tampil dengan imej baru, peminat doakan Hafiz Suip istiqamah

0
579
Advertisement

PENYANYI kelahiran Sarawak, Hafiz Suip kini tampil dengan imej yang berbeza selepas dilihat sering mengenakan serban dan berjubah.

Menerusi entri di Instagram (IG), Hafiz berkongsi beberapa keping gambar ketika bersama rakan-rakannya ketika berada di dalam masjid.

“Assalamualaikum. Iktikaf di dalam masjid pusat puspen dimana kita berikram dan mengeratkan silaturrahim sesama insan.

“Bagi mengerjakan suruhan Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW.. #balanceduniaakhirat #kejarakhiratduniakejarkitatapikejarduniaakhirattinggalkita #bukakanhatiseluasluaslautan,” tulisnya.

Rata-rata peminat kagum dengan perubahan yang dilakukan oleh Hafiz dan mereka berharap dia istiqamah dalam melakukan perubahan dalam hidup.

“@apiskalid: Moga kita sama-sama istiqamah dalam usaha agama Hafiz! Inshaallah.”

“@hjhrajaradziah: Alhamdulillah bangganya aunty tengok. Barakallah semoga dilimpahkan rezeki sentiasa dalam rahmat dan berkat hidup dunia akhirat.”

“@lsmisc2013: Alhamdulillah. Semoga Allah kurniakan kebaikan yang banyak pada kita di dunia & di akhirat. Amin.”

“@yatqieszaine: Subhanallah hidayah dari Allah moga jadi asbab kebaikan seluruh Alam. Tahniah hafiz, bukan semua orang boleh buat ni.”

“@nizam_zainal: Allahuma Aamin. Hidayat Allah. Hebat kamu Hafiz MasyaAllah semohga terus memberi inspirasi kepada semua.”

Teks Oleh Rozaimi Zubaidi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here