Tan Sri Azman Mokhtar berundur dari Axiata

0
166
Advertisement

KUALA LUMPUR: Tan Sri Azman Mokhtar meletak jawatan sebagai Pengerusi Axiata Group Berhad susulan pengunduran beliau sebagai Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd bulan lalu.

Beliau juga meletak jawatan dari menjadi Pengarah Bukan Bebas, Bukan Eksekutif selepas sepuluh tahun berkhidmat bersama Axiata.
 
Axiata Group Berhad dalam satu kenyataan hari ini berkata, Azman bertanggungjawab mengemudi Axiata ke  tahap keunggulan di rantau ini dan muncul sebagai institusi tadbir urus korporat berkredibiliti, berintegriti dan patuh kod tadbir urus.

Dalam tempoh sepuluh tahun sehingga Disember 2017, jumlah pelanggan Axiata berjaya merekod jumlah pelanggan dari 40 juta hingga hampir 350 juta; mengembangkan pusat operasi ke sebelas negara dan menjadikan Axiata sebagai kumpulan telekomunikasi kedua terbesar di Asean dan Asia Selatan.

Axiata telah menerima pelbagai pengiktirafan untuk kecemerlangan dalam tadbir urus korporat daripada Kumpulan Pemegang Saham Minoriti (MSWG) di Anugerah Pengiktirafan Tadbir Urus Korporat ASEAN tahunan.

Pada tahun 2017, beliau telah dianugerahkan Pengerusi Tahunan atas kepimpinan cemerlang. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here