Tangan pelajar dijadual dipotong hari ini

0
57



Mohd Thaqif Amin Mohd Gadaffi, 11, dijadual menjalani pembedahan untuk memotong tangan kanannya di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru pagi ini.

Ibu saudaranya Dzuraidah Ahmad, 38, ketika dihubungi berkata langkah itu dibuat setelah didapati keadaan tangannya itu yang dijangkiti kuman dari jari hingga bawah paras siku semakin membimbangkan.

“Mohamad Thaqif Amin dijadualkan menjalani pembedahan 8 pagi ini. Doktor ada maklumkan yang penting ialah nyawanya.

“Jadi kita ikut pada kata doktor walaupun usaha telah dilakukan sedaya upaya untuk menyelamatkan tangannya untuk tidak dipotong,” katanya.

Kedua belah kakinya sebelum ini turut dipotong.

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here