Tangguh bulan madu demi Piala Dunia

0
45
Advertisement



HANYA satu perkara lebih baik berbanding menikmati bulan madu iaitu beraksi di Piala Dunia, kata pertahanan Australia, Josh Risdon.

“Saya rasa tiada tempat yang lebih baik untuk saya pergi, melainkan bulan madu selepas perkahwinan,” kata Risdon kepada media di kem latihan Socceroos di sini, hari ini menjelang aksi pembukaan Piala Dunia menentang Perancis.

Ketika dia meninggalkan isterinya sehari selepas perkahwinan bagi menyertai kem latihan Piala Dunia, nama Risdon masih belum pasti tersenarai dalam skuad terakhir 23 pemain kendalian Bert van Marwijk.

Pernah mengakui dia “tidak terfikir adalah terlalu sukar untuk meninggalkan isteri saya sejurus selepas itu (perkahwinan),” pemain berusia 25 tahun itu memastikan “pengorbanannya” tidak sia-sia.

Pertahanan kelab Western Sydney Wanderers itu akhirnya berjaya memikat jurulatih kelahiran Belanda, Van Marwijk ketika kem latihan pasukan di Turki dan bermain dalam kedua-dua perlawanan pemanas badan menentang Republik Czech (4-0) dan Hungary (2-1).

Namun ia turut bermakna Risdon dan isterinya banyak melakukan perubahan perancangan.

“Jelas saya tidak terfikir mengenainya. Apabila kami merancang perkahwinan, ia akan berlaku sekitar masa yang sama dengan Piala Dunia.

“Kami sudah bersedia sepenuhnya yang kami mungkin perlu menangguh bulan madu kami. Isteri saya turut memberikan sokongan penuh dan tahu pengorbanan yang saya lakukan dan dia juga bersedia.

“Jadi bulan madu ditangguhkan, tapi selepas semuanya selesai, saya akan memastikan saya akan menghabiskan beberapa minggu untuk meraikannya.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here