‘Tanpa PAS, pelbagai percanggahan juga berlaku’

0
46



Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa bahawa Pakatan Harapan masih dibelenggui pelbagai masalah dalaman walaupun tanpa kehadiran partinya dalam gabungan itu.

Sebelum ini, beliau berkata PAS dituduh menjadi punca kepada semua perbezaan dalam Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan gabungan itu terkubur.

Walau bagaimanapun, kata Tuan Ibrahim, perbalahan semasa pilihan raya negeri Sarawak dan perebutan antara siapa yang layak menjadi PM ke-7 hari ini membuktikan sebaliknya.

Tanpa PAS, pelbagai percanggahan juga berlaku dalam pelbagai isu yang kini melanda Pakatan Harapan. Jadi jelasnya, tuduhan terhadap PAS tidak benar.

Pertarungan di dalam Pakatan Harapan dijangka lebih hangat apabila tibanya masa untuk berebut kerusi,” katanya yang dipetik oleh Harakah Daily hari ini.

Malah katanya, PKR telah mengisytiharkan bahawa kerusi miliknya tidak boleh diserahkan kepada sesiapa manakala DAP dijangka akan menggunakan logik yang sama untuk mempertahankan kerusi yang sudah ditandinginya.

Menurutnya, pengumuman itu sama seperti apa yang diisytihar PAS, tetapi apabila parti berkenaan berbuat demikian, mereka dituduh sebagai bongkak oleh parti-parti komponen HARAPAN.

Tuan Ibrahim berkata, PAS juga telah menggisytiharkan bahawa mana-mana parti pembangkang yang meletakkan calon di kerusi tradisi PAS bermakna memberi tongkat kepada Umno-BN.

“Percayalah PKR dan DAP akan turut membuat pengisytiharan yang sama tidak lama lagi.

“Itu tidak pelik, kerana itulah realitinya, dan PAS telah mendepani realiti tersebut lebih awal,” katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here