Tarik balik larangan ambil anak angkat gajah

0
49


SRI Lanka hari ini berkata, ia akan membenarkan individu kaya dan pihak kuil untuk mengambil anak gajah sebagai anak angkat. – Foto fail AFP

COLOMBO: Sri Lanka hari ini berkata, ia akan membenarkan individu kaya dan pihak kuil untuk mengambil anak gajah sebagai anak angkat sekali gus menarik balik larangan yang pernah dikenakan untuk melindungi mamalia itu.

Gajah dianggap sebagai haiwan suci di kalangan majoriti penganut Buddha di Sri Lanka. Haiwan yang tinggi kos untuk diselenggara itu sudah menjadi simbol status di kalangan elit yang berada.

Kuil turut menyimpan haiwan ini untuk tujuan sambutan perayaan, sehingga larangan itu mencetus kebimbangan bahawa kuil mungkin tidak mempunyai gajah jinak yang mencukupi

“Usaha pemuliharaan hidupan liar adalah baik, tetapi kita juga perlu memelihara budaya kita,” kata jurucakap kerajaan Rajitha Senaratne selepas kabinet membatalkan larangan pengambilan anak angkat itu.

Beliau berkata syarat ketat akan dilaksanakan untuk memastikan kebajikan haiwan berkenaan terjaga.

Individu yang berminat juga perlu membayar 10 juta rupee (RM286,934) untuk gajah, manakala kuil boleh mendapatkannya secara percuma. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here