"Tatu tu edit pakai apps lah!" – Atilia

0
57
Advertisement

KUALA LUMPUR: “Itulah saya, saya pun bukanlah popular sangat.”

Itu luahan penyanyi Atilia atau nama sebenarnya Raja Puteri Atilia Raja Haron mengenai isu gambar bertatu yang dimuat naik oleh penyanyi kecil molek di akaun Instagramnya (IG) baru-baru ini.

Jelas beliau, tatu tersebut bukanlah tulen sebaliknya hasil penggunaan aplikasi yang dimuat turun olehnya

BACA: ‘Viralkan I pula, please’ – Atilia Haron tayang ‘tatu’

Malah, jika mereka yang lihat secara teliti akan tahu bahawa tatu berkenaan adalah palsu dan hanyalah disunting menggunakan aplikasi.

“Saya saja-saja buat experiment gunakan aplikasi tu. Orang pun tahu saya ni jenis macam mana. Saya sangat kelakar, fun dan kalau anda tengok akaun Instagram saya, macam itu lah saya di luar.

“Saya pun tidak terfikir untuk memadamkan gambar berkenaan dari IG saya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Malah Atilia turut mengakui gambarnya itu telah mendapat “like” yang banyak dimana beliau mengakui tidak pernah mendapat “like” sebanyak itu sebelum ini.

Tambahan pula dengan kapsyen “Cukuplah dengan isu Zouk… Viralkan I pula please” di bawah gambar beliau melakukan sesi yoga.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengakui dia tidak kisah jika ada netizen yang mengecamnya kerana perkara tersebut.

Beliau juga meminta semua pihak tidak terlalu serius mengenai isu itu kerana ia hanya gurauan semata-mata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here