Taufan Harvey dijangka badai Texas hari ini, Trump isytihar darurat

0
42

CORPUS CHRISTI: Taufan Harvey yang sedang menuju ke Texas, Amerika Syarikat dikategorikan sebagai tahap empat dan amat berbahaya.

Pusat Taufan Negara memaklumkan taufan berkelajuan 200 kilometer sejam yang membawa hujan lebat, sudahpun berada di persisiran Teluk Texas.

Taufan Harvey dijangka membadai Texas hari ini.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam pada itu sudahpun menandatangani pengisytiharan darurat bencana berhubung taufan yang bakal melanda negara itu.

Taufan Harvey dikatakan lebih dahsyat berbanding Katrina dan Sandy dengan kelajuan angin mencapai 251 km sejam.

Ramai penduduk sekitar Houston sudahpun berpindah dari kawasan yang dijangka terjejas, sementara ribuan lagi sedang dalam perjalanan ke kawasan selamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here