Taufan Hato badai Hong Kong dan Macau, mula ragut nyawa

0
42

HONG KONG: Sekurang-kurangnya 10 maut manakala berpuluh lagi cedera selepas Taufan Hato membadai Hong Kong dan Macau pada Rabu.

Angin kencang dan ombak besar turut dilaporkan akibat ribut kategori 10 itu yang mengakibatkan banyak
pokok tercabut, jalan raya dinaiki air dan sebahagian besar perniagaan terpaksa ditutup.

Selain itu lebih 450 penerbangan turut dibatalkan, manakala pasaran kewangan dan sekolah ditutup.

Kali terakhir ribut sekuat ini membadai Hong Kong adalah pada 2012.

“Saya tidak pernah melihat ribut sekuat ini. Kereta-kereta ditenggelami air manakala jalan raya tidak dapat dilalui akibat banjir dan pokok tumbang,” kata seorang penduduk tempatan, Garrett Quigley.

Pihak berkuasa kemudian menurunkan tahap ribut itu kepada kategori tiga dimana pejabat kerajaan, mahkamah, pasaran kewangan dan beberapa syarikat lain dijangka akan beroperasi seperti biasa pada Khamis.

Orang ramai turut berkongsi video di sosial media yang menunjukkan kemusnahan yang disebabkan taufan itu.

Taufan Hato turut mengakibatkan kacau-bilau di Wilayah Guangdong di Selatan China selepas ia mendarat di Bandar Zhuhai.

Sekurang-kurangnya empat orang maut makanala 26,817 dipindahkah ke pusat perlindungan sementara amaran tanah runtuh dan banjir turut dikeluarkan.

Hampir dua juta penduduk juga terputus bekalan elektrik buat seketika.

Ini merupakan taufan ke-13 tahun ini dan membawa angin dengan kelajuan 155 kilometer sejam.

Pegawai kanan Jabatan Kaji Cuaca Hong Kong memberi amaran aras laut mungkin meningkat di beberapa kawasan.

Susulan itu pihak kerajaan telah mengeluarkan amaran banjir dan membuka 27 tempat perlindungan di seluruh Hong Kong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here