Taufan Mora badai Bangladesh

0
40


DHAKA: Taufan Mora membadai Bangladesh hari ini dengan membawa angin sehingga 117 kilometer sejam selepas pihak berkuasa memindahkan ratusan ribu penduduk dari perkampungan di kawasan rendah.

Ribut kuat itu membadai pantai antara Cox’s Bazar dan bandar raya Chittagong pada jam 6.00 pagi waktu tempatan, kata Jabatan Kaji Cuaca Bangladesh dalam buletin khas cuaca.

Bangladesh menaikkan amaran cuaca bahaya kepada 10, yang tertinggi ketika ribut berkenaan semakin mendekati dengan pegawai segera memindahkan lebih 300,000 penduduk ke pusat perlindungan.

“Mereka dipindahkan ke sekurang-kurangnya 400 pusat perlindungan taufan, sekolah dan pejabat kerjaaan di kawasan pantai,” kata birokrat kanan kerajaan, Golam Mostofa, yang menyelaras operasi pemindahan.

Mostofa berkata, mereka tidak lagi menerima sebarang laporan mengenai angka kematian tetapi beberapa rumah rosak dan pokok tumbang.

Pegawai kaji cuaca berkata, taufan itu boleh menghasilkan ombak setinggi 1.7 meter sekitar Cox’s Bazar, Chittagong dan beberapa daerah pesisir pantai di Teluk Benggala yang diduduki jutaan penduduk.

Kerajaan negeri menghubungi semua kapal nelayan dan menasihatkan ia berlabuh, manakala pihak berkuasa pelabuhan Chittagong menangguhkan aktiviti.

Bangladesh kerap dilanda ribut teruk antara April dan Disember yang menyebabkan kematian dan kerosakan harta benda. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here