Taufan Mora: Pelarian berdepan 'krisis teruk'

0
45


PENDUDUK Bangladesh mengharungi banjir membawa barangan ke kawasan yang lebih selamat berhampiran di daerah Cox Bazar di Chittagong, Bangladesh. – Foto EPA

COX’S BAZAR: Pekerja kebajikan memberi amaran bahawa pelarian Rohingya berdepan krisis yang teruk, susulan taufan yang turut menjejaskan bekalan makanan, selain memusnahkan penempatan mereka.

Ribuan pelarian Rohingya kini tinggal di kem yang sesak di pesisiran pantai di tenggara itu, selepas melarikan diri dari Myanmar.

Taufan Mora melanda kawasan pantai Cox’s Bazar, semalam dan mengorbankan enam penduduk, selain memusnahkan 20,000 kediaman.

Sementara itu, 600,000 penduduk terpaksa dipindahkan.

Tentera laut India berkata, mereka berjaya menyelamatkan 27 rakyat Bangladesh yang hanyut di Teluk Bengal dalam operasi mencari dan menyelamat di kawasan perairan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here