Tauke Jambu sah kahwin kali keempat

0
62
Advertisement

DENGAN sekali lafaz, pelawak Tauke Jambu sah bergelar suami kepada model sambilan Nadia Mohd Affendi, 28, pada pukul 12 tengah hari tadi (Sabtu).
 
Pasangan pengantin dinikahkan oleh Jurunikah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang juga imam Masjid At Taqwa, TTDI, berwakil walikan bapa pengantin perempuan Mohd Affendi Mohamad.
 
Tauke, atau nama penuhnya Zamratul Amri Zakaria, memberikan mas kahwin sebanyak RM300 dan jumlah wang hantaran RM30,000.
 
Selain itu, pelawak berusia 41 tahun itu membawa lima dulang hantaran, yang dibalas lima oleh pihak pengantin perempuan.
 
Majlis pernikahan serba ringkas tetapi meriah yang berlangsung di De Laman Event, Shah Alam itu dihadiri tetamu yang terdiri daripada sanak saudara pasangan pengantin dan rakan rapat.
 
Ini merupakan perkahwinan keempat Tauke dan pertama bagi Nadia.
 
Malam ini akan berlangsungnya majlis resepi yang bertemakan fairy tale di lokasi sama.
 
Terdahulu pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 5 Disember 2015.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here