Taun ancam pelarian Rohingya di kem sementara – WHO

0
47

COX’S BAZAR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) beri amaran peningkatan risiko penularan wabak taun di kem sementara pelarian Rohingya di Bangladesh yang kini sesak dengan hampir setengah juta penghuni.

Dalam satu kenyataan, WHO berkata sepanjang tempoh sebulan lalu, pelarian berselerak membanjiri 68 kem dan penempatan di sepanjang sempadan negara itu.

Mereka hidup tanpa bekalan air minuman atau kemudahan kebersihan selain kem turut berdepan kekurangan makanan dan perubatan.

Keadaan itu mengundang risiko tinggi penyakit bawaan air tinggi, terutamanya wabak taun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here