Taylor Swift dedahkan bagaimana 'punggungnya diraba' penyampai radio

0
25

DENVER: Penyanyi dan penulis lagu, Taylor Swift memberi keterangan pada Khamis bagaimana dia berhadapan gangguan seksual daripada DJ radio, David Mueller di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat.

Swift yang memberi keterangan di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat berkata Mueller yang dipercayai ‘mabuk’ ketika itu meraba punggungnya ketika melawat belakang pentas di Pepsi Centre, Denver pada Jun 2013 sebelum konsert berlangsung.

Swift kemudian mengadu kepada radio stesen tempatan, KYGO dan Mueller dipecat dua hari selepas dakwaan.

“Ia adalah satu perbuatan yang dilakukan secara sengaja. Ia sangat menjijikkan” kata penyanyi berusia 27 tahun itu kepada mahkamah di Denver, Colorado.

Menyerahkan beberapa keping foto sebagai bukti, Swift berkata, Mueller dan teman wanitanya pada ketika itu duduk bersama sambil minum beberapa gelas ‘alkohol’. 

Gambar yang berulang kali dipaparkan di mahkamah itu menunjukkan bintang pop tersebut diapit oleh Mueller dan teman wanitanya.

Mueller dilihat meletakkan tangan kanannya di belakang penyanyi itu dan Swift dilihat cuba beralih daripada tempat itu.

Mueller, 55, bagaimanapun menafikan menyentuh Swift secara tidak wajar di Mahkamah semalam.

Apabila ditanya sama ada dia melakukan perkara itu, DJ radio untuk stesen radio Denver KYGO-FM berkata,  “tidak, saya tidak berbuat demikian.”

Pada tahun 2015, DJ radio turut menyaman penyanyi tinggi lampai itu – atas dakwaan dia kehilangan kerjanya kerana dituduh secara sengaja.

Penyanyi lagu popular ‘Shake It off’ dan ‘Bad Blood’ itu mengatakan bahawa keputusan yang berpihak kepadanya akan menjadi contoh bagi wanita lain yang mungkin takut tampil ke hadapan untuk berdepan situasi yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here