Tehran gesa Arab Saudi cermin diri sebelum mahu jadikan Iran 'kambing hitam'

0
11

TEHRAN: Iran dakwa Arab Saudi cuba menutup keburukan Riyadh dengan menimbulkan kekeruhan dalam kalangan negara-negara Arab.

Presiden Ran, Hassan Rouhani berkata Riyadh juga telah gagal dalam usahanya di Yaman dan di beberapa negara rantau itu.

Hassan berkata dengan menjadikan Iran sebagai ‘kambing hitam’ dalam segala permasalahan bukan jalan penyelesaian terbaik buat Riyadh.

“Arab Saudi perlu terlebih dahulu berusaha untuk menyelesaikan dua masalah itu sebelum mencari alasan untuk menjadikan Iran sebagai ‘kambing hitam’.

“Pertama Riyadh perlu menyedari kesilapan yang dilakukan di Qatar, Iraq, Syria dan baru-baru ini di Lubnan.

“Kedua, masalah dalam negerinya, Arab Saudi sedang menghadapi masalah dalaman,jadi mereka perlu meyelesaikan isu terbabit sebelum mencampurinya dengan urusan luar,” jelas Hassan Rouhani dalam satu temubual yang disiarkan di televisyen pada rabu.

Sebaliknya Arab Saudi digesa menyelesaikan dua isu utama itu terlebih dahulu sebelum menjadikan Iran sebagai seteru.

Kedua-dua negara kuasa besar terbabit telah bertelingkah sejak sekian lama terutama isu yang melibatkan fahaman sunni dan syiah hingga membawa kepada kemudaratan seperti di Qatar, Yaman, Syria dan Lubnan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here