Teknikal Uruguay penyerang Gambia

0
81



Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membawa masuk Pengarah Teknikal dan pemain import untuk memperkasakan pasukan itu menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, Alfredo Carlos Gonzalez, 28, dari Uruguay akan bertindak Pengarah Teknikal yang akan membantu ketua jurulatih Zahasmi Ismail manakala penyerang dari Gambia, Sanna Nyassi, 28, akan menggantikan Alessandro Celin yang mengalami kecederaan jangka panjang.

“Zahasmi mahukan seorang pembantu yang mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa jadi sebagai penaja utama kita penuhi permintaannya. Saya lihat Alfredo Gonzalez memiliki pengalaman yang luas sebagai pemain penyerang, jurulatih dan juga pengarah teknikal dan mampu membantu pasukan.

“Manakala, Sanna pula hanya akan didaftarkan sekiranya Zahasmi berpuas hati dengan rekod perubatan serta persembahan yang dipamerkan pemain itu dan dia akan bermain di belakang Mohammed Ghaddar untuk memburu lebih banyak gol,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Harian Metro pada 28 April lalu melaporkan KAFA bersedia untuk memenuhi kehendak Zahasmi yang berhasrat untuk membawa masuk pembantu antarabangsa bagi mengharungi pusingan kedua Liga Malaysia.

Annuar dipetik berkata pihaknya akan membantu The Red Warriors (TRW) termasuk memenuhi permintaan Zahasmi.

Pada masa yang sama, beliau turut membayangkan untuk mendapat pemain import baru untuk membantu Mohammed Ghaddar di bahagian serangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here