Telefon pintar peranti pilihan beli belah dalam talian

0
159
Advertisement

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia lebih kerap menggunakan telefon pintar sebagai peranti pilihan ketika membeli-belah di internet.

“Dengan kadar penembusan telefon pintar pada suku tahun ketiga 2017 pada 70 peratus, kebanyakan mereka menggunakan telefon bimbit sebagai alat membeli-belah yang utama,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Christophe Lejeune.

Sempena pesta ulang tahunnya yang ke-6 bermula 25 hingga 27 April 2018, Lazada melancarkan beberapa pembaharuan bertujuan membawa ciri-ciri terbaik membeli-belah di luar talian ke tangan pengguna.


Aplikasi Lazada kini mempunyai enam ciri-ciri baharu seperti berikut:
 

  1. Personalisasi penuh (full personalisation): Aplikasi Lazada kini menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menjadikan perjalanan membeli-belah pelanggan lebih peribadi. Produk dan tawaran kini dipaparkan kepada pelanggan berdasarkan interaksi aplikasi dan sejarah pembelian mereka. Apabila pelangggan menggunakan aplikasi tersebut dengan lebih kerap, algoritma aplikasi berkenaan akan mempelajari pilihan individu mereka. Dari masa ke masa, pelanggan akan melihat tawaran yang berkaitan dengan mereka, dan sekali gus menikmati pengalaman yang lebih menarik setiap kali mereka membuka aplikasi mereka.
     
  2. “Chat Now”: Kini dalam fasa Beta, pelanggan kini boleh menghantar mesej kepada penjual yang terpilih dengan segera melalui aplikasi Lazada untuk mereka bertanyakan sebarang soalan mengenai produk sebelum membelinya. Khususnya, untuk kategori seperti Fesyen, kategori terbesar Lazada berdasarkan jumlah, ciri ini akan membantu dalam memudahkan pelanggan memperjelas saiz, warna, dan status stok.
     
  3. Rebat Tunai dengan “E-Wallet” Lazada: “E-Wallet” Lazada membolehkan pelanggan membayar semua perbelanjaan mereka dengan hanya satu klik, dan menawarkan lebih nilai untuk wang dengan diskaun eksklusif dan rebat tunai. Sempena Pesta Ulang Tahun Lazada, Lazada akan menawarkan sehingga 10 peratus rebat tunai untuk pembelian dengan “E-Wallet”.
     
  4. Mengikuti kedai kegemaran anda (follow your favourite stores): Apabila pelanggan mencari jenama atau penjual yang mereka sukai, mereka kini boleh ‘mengikuti’ kedai-kedai ini di Lazada. Selepas mengikuti kedai kegemaran mereka, para pelanggan akan menjadi antara yang pertama untuk mengetahui tentang ketibaan produk baru, promosi, dan diskaun.
     
  5. Imbas untuk beli (Scan to shop): Pengimbas Kod QR bersepadu Lazada akan membawa pelanggan terus ke halaman promosi, produk atau penjual di dalam aplikasi Lazada. Pelanggan kini boleh mencari kod QR Lazada di kedai berjenama dan penjual luar talian yang terpilih.
     
  6. Goncang untuk tawaran (Shake for deals): Ada cara baharu untuk mendapatkan lebih banyak diskaun dan tawaran eksklusif, hanya dengan ‘menggoncang’ aplikasi Lazada. Untuk Pesta Ulang Tahun Lazada, pelanggan yang telah mendaftar masuk ke aplikasi boleh mula menggoncangkan aplikasi Lazada pada 1.30 petang dan 8 malam untuk memenangi baucar sehingga RM100.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here