Tempat duduk tren MRT Bangkok 'dibuang' untuk tampung kesesakan penumpang

0
14

BANGKOK: Pengendali tren Bangkok mempertimbangkan untuk membuang tempat duduk dalam gerabak MRT di bandar raya itu bagi menampung kesesakan penumpang khususnya pada waktu puncak.

MRT Metro dalam laman Facebook rasminya pada Isnin memberitahu, ujian percubaan itu dimulakan dengan salah satu daripada 19 tren yang dalam perkhidmatannya.

Langkah itu akan dilanjutkan ke gerabak lain dan akan diteruskan sehingga akhir tahun.

Tindakan tersebut bertujuan meningkatkan kapasiti penumpang dalam tren sementara pengendali menunggu ketibaan tren baharu, lapor portal The Nation.

MRT Metro bagaimanapun menjelaskan, tindakan mengeluarkan tempat duduk itu tidak akan menjejaskan aspek keselamatan, namun mengakui bahawa sebahagian penumpang akan berasa ‘sedikit janggal’ dengan perubahan itu.

Selain ketiadaan tempat duduk, mereka juga mencari jalan untuk mengurangkan kesesakan dengan meningkatkan bilangan pekerja pada waktu puncak selain mengekalkan bekalan barangan tukar ganti supaya dapat meminimumkan tempoh gangguan perkhidmatan.

Laporan sebelum ini menyatakan, MRT Metro telah membeli 35 gerabak tren baharu yangs edia digunakan pada penghujung 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here