Tentera AS mula berundur dari Iraq

0
64
Advertisement

BAGHDAD: Selepas 15 tahun, kelibat tentera Amerika Syarikat di bumi Iraq akhirnya akan mula berkurangan.

Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi mengesahkan tentera Amerika itu akan memulakan pengunduran secara berperingkat, selepas ancaman dari militan Daish semakin berkurangan.

Jelas Haider, pengunduran tentera Amerika akan dibuat secara perlahan kerana tentera Syria dan Iraq masih memerlukan khidmat bantuan mereka, bagi mengekang ancaman Daish.

Tentera Amerika mengetuai pakatan tentera antarabangsa membantu tentera Iraq merampas semula daerah yang diduduki militan Daish pada 2014 dan 2015.

Bantuan yang diberi, termasuk menyediakan latihan untuk ribuan tentera elit Iraq.

Kehadiran tentera Amerika di bumi Iraq bermula pada 2003, susulan pencerobohan ketika pentadbiran Presiden Saddam Hussein.

Berdasarkan laporan Pentagon yang dikeluarkan pada November, bilangan tentera Amerika di Iraq berjumlah 8,892 sehingga September lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here