Tentera AS mula latihan dengan Korea Selatan

0
58


SEOUL: Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS), USS Carl Vinson, hari ini memulakan latihan dengan Tentera Laut Korea Selatan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan AS memberitahu AFP, pasukan penyerang AS melancarkan latihan dari jam 6 petang hari ini sebaik tiba di Laut Jepun, Korea Selatan.

Latihan bersama itu dijalankan beberapa jam selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik.

Latihan itu bertujuan mengesahkan keupayaan sekutu mengesan dan memintas peluru berpandu balistik musuh.

Bagaimanapun, jurucakap terbabit enggan menjelaskan berapa lama latihan bersama itu akan diadakan, namun agensi berita Yonhap menyebut, ia dijangka berterusan sehingga minggu depan.

Beliau menambah, latihan bersama itu turut membabitkan latihan penggunaan peluru hidup dan antikapal selam. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here