Tentera beri amaran 'menyerah atau mati'

0
29


TENTERA Filipina di bandar Marawi. – Foto AP

MARAWI: Pihak berkuasa Filipina hari ini memberi amaran kepada kumpulan militan di bandar besar di selatan itu supaya menyerah diri atau mati, tatkala helikopter tentera menyerang kubu kuat mereka yang turut menyebabkan kira-kira 2,000 penduduk terperangkap.

Difahamkan lebih 100 orang disahkan terbunuh dalam konflik sejak hujung minggu lalu itu apabila lelaki bersenjata mengibarkan bendera hitam kumpulan militan Daesh dan mengamuk sambil melepaskan tembakan di bandar yang dihuni majoriti penduduk Islam itu.

“Kami meminta saki baki pengganas supaya menyerah diri sementara peluang masih ada. Pengganas yang enggan menyerah bermakna menempah maut,” kata jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Restituto Padilla dalam satu kenyataan.

Padilla berkata, kerajaan berusaha mengehadkan kehilangan lebih banyak nyawa dan kemusnahan harta benda.

Sebelum ini, Presiden Rodrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang tentera di seluruh wilayah selatan Mindanao, yang mempunyai kira-kira 20 juta penduduk, sambil memberi amaran kumpulan militan tempatan yang menyokong Daesh adalah ancaman utama terhadap negara itu. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here