Tentera Filipina hampir kuasai Marawi

0
48


TENTERA Filipina berjaya mengawal hampir keseluruhan bandar selatan di Marawi. – Foto AFP

MARAWI: Tentera Filipina berkata, mereka kini berjaya mengawal hampir keseluruhan bandar selatan di sini di mana militan dikaitkan Daesh melancarkan kepungan berdarah hampir seminggu lalu.

Jurucakap Presiden Ernesto Abella berkata hari ini, hanya kawasan kecil di sini masih dikawal militan.

Krisis di bandar ini, menempatkan kira-kira 200,000 penduduk, bertambah buruk ketika militan menunjukkan kekuatan tidak dijangka, menangkis serangan tentera yang menggunakan helikopter, kereta perisai dan sejumlah besar anggota.

Semalam, tentera Filipina berkata, mereka menemui mayat di jalanan termasuk sekurang-kurangnya lapan orang awam yang dibunuh militan.

Angka keseluruhan mangsa yang maut dalam pertempuran itu hampir 100 orang. -AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here