Tentera Israel tahan Mufti Besar Baitulmaqdis

0
24


GAMBAR fail, Muhammad Ahmad Hussein. -Foto EPA

RAMALLAH: Pasukan keselamatan Israel menahan mufti terkenal Baitulmaqdis, ketika orang ramai berkumpul di Kota Lama susulan serangan ke atas kawasan suci itu yang mengorbankan dua anggota polis.

Jihad anak lelaki kepada Mufti Besar Baitulmaqdis, Muhammad Ahmad Hussein, berkata bapanya sebelum itu berkumpul di Kota Lama bersama yang lain dan membantah penutupan masjid Al-Aqsa sebagai tempat ibadat selepas serangan.

Polis Israel berkata, pihaknya enggan mengulas insiden itu.

Jihad memberitahu AFP, bapanya dibawa ke sebuah balai polis berhampiran Kota Lama.

“Sehingga kini, kami tidak tahu apa berlaku dengan bapa saya,” katanya.

Seorang daripada pengawal peribadi mufti berkenaan, Khaled Hamo berkata, polis ‘merempuh orang ramai dan membawa mufti.’

Insiden itu berlaku selepas tiga penduduk Arab Israel melepaskan tembakan ke arah polis Zionis, mengorbankan dua anggota sebelum melarikan diri ke kawasan suci sensitif itu sebelum ditembak mati.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here