Tentera Israel tembak mati penduduk Palestin

0
39


BAITULMAQDIS: Tentera dan polis Israel yang dalam misi melakukan tangkapan di bandar Nabi Salah di Tebing Barat menembak mati seorang penduduk Palestin yang cuba melepaskan tembakan ke arah mereka awal hari ini.

“Pasukan keselamatan bertembung dengan suspek, yang cuba menembak mereka.

“Sebagai reaksi kepada ancaman itu, tentera menembak beliau yang menyebabkan kematiannya,” kata kenyataan tentera Israel.

Pasukan keselamatan Palestin dan keluarga mengenal pasti suspek sebagai Amar Tirawi, 34, dari Kafr Ein, bandar berhampiran Nabi Salah di tengah Tebing Barat.

Seorang lagi suspek cedera ringan dan ditahan.

Semalam, seorang lelaki bersenjata menyasarkan kenderaan berhampiran penempatan Yahudi di utara Ramallah dan mencederakan seorang warga asing berketurunan Palestin yang menetap di kampung Palestin.

Dalam kejadian berasingan, beberapa das tembakan terkena pos tentera di Nabi Salah.

Tentera berkata, Tirawi mendalangi kedua-dua kejadian.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here