Tentera Mesir bunuh 9 militan di Sinai

0
12


PASUKAN keselamatan Mesir membunuh sembilan militan di Semenanjung Sinai dan memusnahkan 15 kenderaan mengangkut senjata ke negara itu merentasi sempadan selatannya.

KAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir membunuh sembilan militan di Semenanjung Sinai dan memusnahkan 15 kenderaan mengangkut senjata ke negara itu merentasi sempadan selatannya.

Militan dibunuh dalam dua kejadian berasingan di Sinai, tetapi tentera tidak menyebut bila ia berlaku.

Kedua-duanya membabitkan tentera udara dan pasukan penguat kuasa undang-undang.

Tentera berkata, tindakan keganasan yang dirancang gagal selepas kumpulan pengganas berbahaya berjaya dikesan, dan enam militan maut di kawasan pergunungan.

Dalam kejadian berasingan, tiga militan ‘amat bahaya’ terbunuh dan seorang lagi ditahan.

Sebuah kereta pacuan empat roda dan lima bekas mengandungi sejumlah besar bahan letupan dan peluru musnah.

Di sempadan barat Mesir dengan Libya, pesawat menyerang dan memusnahkan 15 kenderaan pacuan empat roda membawa senjata, peluru dan bahan seludup lebih 24 jam lalu, kata tentera hari ini.

Serangan udara berlaku berikutan perisikan bahawa subjek penjenayah yang berkumpul untuk menyusup masuk ke Mesir.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here