Tentera Mesir bunuh enam penyokong Daesh

0
14


PASUKAN keselamatan Mesir membunuh enam suspek militan yang bersimpati dengan Daesh dalam kejadian berbalas tembakan di wilayah Assiut. – Foto EPA

KAHERAH: Pasukan keselamatan Mesir membunuh enam suspek militan yang bersimpati dengan Daesh dalam kejadian berbalas tembakan di wilayah Assiut, kata Kementerian Dalam Negeri, hari ini.

Kenyataan kementerian berkata, pasukan keselamatan menyerbu pangsapuri kumpulan itu di Assiut yang menyebabkan enam militan maut. Ia tidak menyatakan bila kejadian berlaku.

Pangsapuri itu adalah lokasi militan yang bersiap sedia untuk melancarkan siri keganasan di wilayah itu.

Mesir berhadapan pemberontakan diketuai militan Daesh di Semenanjung Sinai, yang menyaksikan ratusan anggota tentera dan polis terbunuh sejak 2013.

Namun Daesh turut meningkatkan serangan di tanah besar sejak kebelakangan ini, dengan kerap menyasarkan minoriti Kristian Koptik.

Jumaat lalu, Mesir menyaksikan antara serangan terburuk ke atas pasukan tentera sejak beberapa tahun apabila 23 anggota maut selepas dua bom kereta diletupkan di Sinai Utara. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here