Tentera pemberontak Rohingya umum gencatan senjata

0
44

BANGKOK/COX’S BAZAR, Bangladesh: Tentera pemberontak Rohingya mengumumkan gencatan senjata selama sebulan bermula hari ini bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihulurkan kepada etnik Rohingya yang dihimpit krisis di Barat Laut Myanmar itu.

Lebih 300,000 etnik Rohingya telah melarikan diri ke negara jiran Bangladesh manakala 30 ribu yang lain kehilangan tempat tinggal setelah pihak tentera melancarkan serangan ke atas tentera Arakan Rohingya Salvation Army atau ARSA, yang didakwa telah melancarkan serangan ke atas 30 pondok polis dan tentera Myanmar pada 25 Ogos lalu.

“ARSA menggalakkan pihak-pihak yang prihatin terhadap isu-isu kemanusiaan untuk meneruskan bantuan terhadap mangsa, tidak mengira latar belakang etnik atau agama sepanjang tempoh gencatan senjata ini berlangsung,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan.

KLIK MICROSITE: Sinar4Rohingya,solidariti untuk kemanusiaan

Kesan kepada gencatan senjata itu bagaimanapun tidak jelas. Sehingga kini keberkesanan kempen yang dilancarkan oleh ARSA di negeri Rakhine gagal menandingi keupayaan pihak tentera.

Sejak dua minggu lalu ribuan rumah penduduk telah dibakar, puluhan ditahan dan ribuan melarikan diri ke sempadan Bangldesh.

Kenyataan itu turut meminta pihak tentera melakukan perkara yang sama, meletakkan senjata buat seketika bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihulurkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here