"Tenteram miker di sana Rab" – Rab Khalid meninggal dunia

0
324
Advertisement
PELAKON Rab Khalid, 48, yang sinonim dengan filem-filem arahan Mamat Khalid meninggal dunia pada 4.15 petang Khamis di Unit Penjagaan Koronari (CCU) Hospital Ampang akibat serangan jantung.

Rab Khalid atau nama sebenarnya Khalid Shamsuri, 47, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang, difahamkan kerana sakit jantung.

Berita tersebut telah dikongsi adik Rab atau nama sebenarnya Khalid Shamsuri melalui FB abangnya itu.

“Assalamualaikum. Pada sesiapa yang mengenali Rab Khalid, beliau telah kembali ke rahmatullah jam 4.15 petang.

“Mohon doakan bersama semoga Allah ampunkan dosa-dosanya dan beliau ditempatkan dengan orang-orang soleh dan beriman,” tulis adik Rab Khalid.

Difahamkan Rab dikatakan mengadu sakit dada sebelum dimasukkan ke hospital semalam.

Bagaimanapun, keadaan Rab semakin tenat sejak awal pagi semalam.

Difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Parit Buntar, Perak untuk urusan pengkebumian.

Antara watak Allahyarham yang cukup dekat dengan peminatnya adalah Yeh Sekupang yang pernah dibawanya dalam filem Rumah Pusaka Di Simpang Jalan.

Sementara itu, Mamat Khalid turut memuat naik status di FBnya sebaik sahaja mendapat berita tentang pemergian sahabatnya itu.

“Tenteram miker di sana Rab,” tulisnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here