Tercepat 20 saat, syarikat kereta api Jepun minta maaf 'bagai nak rak'

0
24

TOKYO: SEBUAH syarikat kereta api di Tokyo, Jepun hari ini membuat permohonan maaf kepada pengguna pengangkutan awam negara itu.

Semuanya gara-gara tren yang sepatutnya meninggalkan stesen Minami Nagareyama pada pukul 9.44 pagi pada saat yang ke 40, tetapi ia meninggalkan stesen tersebut 20 saat lebih awal pada Selasa.

Lapor portalĀ Herald Sun, walaupun tiada pengguna yang membuat sebarang aduan tentang insiden berkenaan, pekerja di syarikat itu diingatkan supaya kejadian itu tidak berulang lagi.

Ketepatan masa merupakan satu perkara perkara yang penting yang dianggap amat penting di negara matahari terbit itu.

Ini disebabkan ramai rakyat Jepun terutamanya bagi orang yang bekerja bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan pengangkutan awam itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here