Terengganu gagal manfaat peluang

0
319
Advertisement



KEGAGALAN Terengganu FC mengambil peluang berikutan kekurangan Kedah yang turun tanpa beberapa pemain utama menyebabkan Irfan Bakti Abu Salim kecewa pulang satu mata selepas skuadnya seri 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam tadi.

“Amat kecewa kerana kami tidak mengambil kesempatan susulan Kedah yang kekurangan tanpa beberapa pemain utama seperti Liridon (Krasniqi) dan beberapa pemain lain yang tidak beraksi, namun Kedah yang dibarisi ‘budak muda’, bermain dengan bersungguh- sungguh,” kata ketua jurulatih TFC itu.

“Kami terpaksa berpuas hati dapat satu mata walaupun Kedah pasukan yang tidak berapa kuat malam ni, kesal rasanya sebab kami tidak ambil kesempatan.

“Antara Terengganu dengan Kedah ni… Terengganu memang susah nak menang dengan Kedah, walau teruk macam mana pun pasukan lawan kami tak menang juga… jadi itulah rugi sangat rasanya.”

Irfan bagaimanapun mengakui keputusan seri itu adil buat kedua-dua pasukan walaupun TFC sebenarnya mempunyai peluang untuk menambah gol.

“Alhamdulillah kami dapat satu mata malam ini. Buat masa ini kami di tangga keempat jadi saya masih tidak berputus asa kerana kami ada dua baki perlawanan menentang Kelantan (tempat sendiri) dan Selangor (gelanggang lawan).

“Kami akan cuba raih enam mata penuh daripada perlawanan terakhir ini kerana bagi saya kedudukan untuk ke Piala Malaysia adalah penting.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here