Terengganu 'nelang' di tempat sendiri

0
353
Advertisement



TERENGGANU FC (TFC) berjaya membalas dendam kekalahan lalu apabila membenam cabaran PKNP FC 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Berbekal sokongan lebih 2,000 peminat setia, skuad Penyu terlebih dulu menguji gawang pelawat pada minit pertama perlawanan menerusi kapten, Kipre Tchetche hasil sepakan percuma Lee Tuck tapi pemain itu sedikit lewat untuk menyambar bola sebelum diselamatkan penjaga gol.

Skuad PKNP FC yang masih segar hasil kemenangan 2-1 dalam aksi pusingan pertama Selasa lalu nyaris mengejutkan tuan rumah menerusi percubaan Muhamad Mohd Safar pada minit kelima namun sepakannya sedikit tersasar.

Pada minit ke-10 skuad Penyu memperoleh sepakan percuma berdekatan kotak penalti, namun gagal dimanfaatkan sebaik mungkin pemain kelahiran England itu begitu juga percubaan J Partiban dalam kotak penalti pada minit ke-21.

Tersentak asakan bertali arus skuad tuan rumah, anak buah Abu Bakar Fadzim menggandakan usaha tetapi peluang dimiliki kapten, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi dan Muhammad Fadhil Idris pada minit ke-26 berjaya dipatahkan pertahanan tuan rumah.

Buntu untuk mencipta jaringan, Irfan Bakti Abu Salim memasukkan bekas penyerang kebangsaan, Mohd Ashari Samsuddin pada babak kedua dan berjaya mengubah rentak perlawanan dengan kapten, Tchetche berjaya menyudahkan hantaran Dong Hyun dengan menanduk masuk gol pertama tuan rumah pada minit ke-67.

Tiga minit berselang Tuck meletakkan pasukannya 2-0 di depan apabila mudah menanduk masuk hasil percubaan dimulai Tchetche dan Ashari.

Semangat tidak putus asa pasukan pelawat berjaya merapatkan kedudukan 2-1 hasil tandukan cantik pemain import, Kim Sang Woo pada minit ke-78 dan keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here