Terima kasih kerana mengahwini saya, sayang- Putri Najuwa

0
31

DENGAN dua kali lafaz, pelakon Putri Najuwa selamat bergelar isteri dengan jejaka pilihan hatinya Muhammad Zaid Samsuri semalam.
 
Pasangan ini dinikahkan oleh Kadi Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Arifin Mohd Dalhal, berwalikan bapa pengantin perempuan, Tengku Datuk Yusof Tengku Abdul Aziz.
 
Pernikahan itu turut disaksikan kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada anggota keluarga kedua-dua mempelai dan sahabat terdekat.
 
Pada majlis tersebut, pihak lelaki telah memberi lima dulang hantaran berbalas tujuh beserta mas kahwin berjumlah RM1,000.
 
Dalam pada itu, Putri Najuwa juga turut berkongsi momen-momen indah tersebut menerusi beberapa entri terbaru di akaun Instagramnya.
 
“Terima kasih kerana mengahwini saya, sayang”, tulisnya ringkas.
 
Sementara itu, para peminatnya juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pelakon filem Dubai My Love itu d iruangan komen foto-foto berkenaan.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here