Terima perubahan dasar Kerajaan dalam Bajet 2018 – WeMalaysia

0
135
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pembentangan Bajet 2018 bakal memperlihatkan prestasi semasa ekonomi negara dan kesediaan rakyat menerima perubahan dasar menerusi perspektif pakar ekonomi, ahli akademik dan penganalis.

Kordinator WeMalaysia Australia cawangan Queensland Muhammad Noor Ikhwam Nordin berkata, pembentangan Bajet 2018 adalah sesuatu yang penting untuk golongan muda yang mahukan peluang dan inisiatif bermanfaat untuk mereka pada masa kini dan hadapan.

“Ia menjadi tumpuan utama seluruh rakyat Malaysia tidak kira d bandar dan luar bandar malah di luar negara sekali pun, menanti detik penuh bermakna ini pada setiap tahun.

“Menjadi episod menariknya pada bajet kali ini, ruang disediakan kepada rakyat daripada semua segenap lapisan masyarakat terutama anak muda untuk memberi idea dan pandangan serta aspirasi menerusi laman media sosial.

“Usaha sedemikian adalah untuk mendekatkan hati rakyat melalui bottom to top (dari rakyat kepada negara) merupakan ransangan dan refleksi membina keyakinan semua,” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

BACA: Bajet 2018 merangkumi aspirasi TN50 – PM Najib

BACA: 

Kerajaan teruskan rasionalisasi perbelanjaan dalam Bajet 2018

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berkata, Bajet 2018 akan merangkumi aspirasi rakyat yang disampaikan menerusi siri dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Jelasnya, kerajaan tidak akan menunggu sehingga 2050 untuk melaksanakan input-input yang disuarakan menerusi siri dialog TN50, tetapi berusaha merealisasikannya secara berperingkat.

Salam pada itu kata Muhammad Noor Ikhwam, ia sekali gus akan mengembleng tenaga pihak berkenaan untuk menerokai bersama perjalanan negara menuju ke destinasi paling membanggakan.

“Bukanlah satu yang baru apabila bajet diumumkan setiap tahun, namun, ia bagaikan jantung kepada sebuah harapan, terbina atas landasan penyatuan dan payung kemakmuran sekali gus mencerminkan kekuatan sebuah negara bangsa.

“Golongan muda antara yang pasti menanti dengan penuh debar bajet yang akan diumumkan oleh Datuk Seri Najib dalam pembentangan kali ini,” ujarnya.

Turut mengulas isu sama, wakil WeMalaysia Australia cawangan Queensland Mohamad Azri Ibrahim yang berpendapat bajet kali ini akan melihat persiapan negara menghadapi perubahan dunia yang serba mencabar.

“Ia termasuk aspek seperti jumlah penduduk menjadi lebih besar, jangka hayat manusia lebih panjang dan kewujudan bandar raya mega.

“Di samping itu, kesan penghijrahan penduduk terutama golongan muda wajar diberi perhatian dalam aspek peluang kerjaya selain mengambil kira kemajuan sains dan teknologi yang telah mengurangkan keperluan tenaga kerja manusia.

“Walau apa pun inti pati daripada pembentangan ini, rakyat Malaysia diseru bersikap positif dan terbuka serta mendoakan yang terbaik agar negara kita akan terus menikmati kesejahteraan dan kemakmuran pada masa kini dan hadapan,” katanya.

WeMalaysia merupakan sebuah gerakan terbuka yang digerakkan pelajar Malaysia di luar negara.

Sehingga kini, WeMalaysia mempunyai cawangan di Amerika Syarikat (AS), Australia dan United Kingdom (UK).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here