Terima perubahan Revolusi Industri 4.0 agar terus kompetitif – Johari Ghani

0
287
Advertisement

KUALA LUMPUR : Malaysia harus menerima perubahan yang dibawa Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) agar tidak ketinggalan dalam era teknologi kini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Ghani berkata, kerajaan harus menerima hakikat tersebut dan menyediakan rakyat agar dapat berdepan dengan cabaran ini.

“Kita tidak boleh lagi berharap kepada industri yang terlalu bergantung kepada tenaga kerja asing.

“Ini kerana, sekalipun industri tersebut memerlukan pengeluaran berskala besar, kita kena beralih kepada automasi, Internet of Things, kecerdasan buatan, pengkomputeran awan dan pengesan. Ini adalah teknologi yang penting dalam pembangunan industri terutamanya industri pengeluaran,” kata beliau dalam satu temu bual bersama Astro AWANI.

Tambah beliau, jika Malaysia tidak bersedia, akhirnya ia akan merugikan negara di masa hadapan.

“Kita kena bersedia untuk menerima (IR4.0). Jika tidak, lama-kelamaan produk kita akan ketinggalan kerana tidak kompetitif dan bakal membawa masalah kepada ekonomi negara,” katanya.

Secara umumnya, ramai yang masih kurang pemahaman tentang IR4.0 ini.

Ini didapati melalui undian yang dibuat di laman Twitter Astro AWANI yang menunjukkan 75 peratus daripada 800 responden tidak mengetahui tentang IR4.0.

Revolusi itu secara umumnya melibatkan Internet of Things (IoT) dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, kedua kepada elektrik, dan ketiga kepada penggunaan teknologi maklumat (IT).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here