Terkejut dapat bunga, Izreen Azminda tak sangka Ude romantik

0
137
Advertisement

PELAKON Izreen Azminda meluahkan rasa terkejut apabila menerima sejambak bunga ros daripada suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Izreen menjelaskan dia tidak menyangka Ude merupakan seorang suami yang romantik kerana telah lama dia tidak mendapat sejambak bunga.

“Allahuakhbar, ingatkan tadi ada penyangak depan rumah tekan loceng banyak kali. Tetapi kalau nak mai merompak takkan nak tekan loceng pulak kan.

“Bukak pintu teruih nampak bunga, tak sangka pulak orang itu seromantik ni. Berkurun saya tak pernah merasa dapat bunga. Selalu tengok dalam TV (televisyen) saja.

“Selama berlakon pun babak hero bagi bunga boleh kira dengan jari. Tidak menjangka hari ini betul pula (dapat bunga).

“Apa pun, terima kasih suami dan saya cintakan awak walau apa pun terjadi. Terharu pula. Terima kasih,” tulisnya.

BACA: ‘Ini penganiayaan besar, saya tak tahu angkara siapa’ – Izreen Azminda komen IG palsu

BACA: ‘Intan, hentikan drama air mata!’ – Ude minta semua pihak berhenti salahkan Izreen

BACA: Pernikahan Izreen Azminda dan Ude: “Hanya menumpang kasih, bukan perampas”

Izreen sah bergelar isteri Ude pada 8 Ogos 2017 dalam satu majljs perkahwinan tertutup di Damansara.

Sebelum ini, Ude yang mempunyai dua orang cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Areq Muqri, 1, pernah berkahwin dengan Intan Liana Saleh pada tahun 2013 tetapi berpisah pada 22 Mac lalu.

Izreen pula mempunyai seorang anak, Muhammad Adrian Umar, 4, dan pernah bernikah dengan Muhammad Riza Baharuddin pada 2012. Mereka bercerai pada Jun 2014.

Teks Oleh: Rozaimi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here