Terkejut tarian Hajat jadi 'trendsetter'

0
408
Advertisement



PENYANYI Hael Husaini tidak menyangka cabaran tarian Hajat yang dimulakan peminat akan mencetus fenomena sehingga mendapat perhatian di Buletin Utama TV3.

Hael, 30, berkata ia satu pencapaian besar secara peribadi memandangkan dia tidak pernah meletakkan harapan lagu itu akan meninggalkan impak.

“Sejak tercetusnya cabaran tarian Hajat di media sosial, ia menjadi kegilaan apabila ramai tampil dengan video mereka menari lagu itu.

“Tidak sangka pula ia akan mendapat perhatian sehingga ke Buletin Utama TV3 dan menjadi ‘trendsetter’ tarian buat semua lapisan umur.

“Mulanya misi saya adalah untuk mencipta sebuah tarian dengan pergerakan yang mudah diikuti ramai. Saya menyuntik elemen kemelayuan dengan cara yang sopan, seronok, dan praktikal untuk semua acara,” katanya.

Hael juga tidak menyangka cabaran itu menerima sambutan luar biasa daripada peminat lelaki berbanding wanita.

“Sejak cabaran itu dibuat, terkejut juga sambutannya kebanyakan daripada golongan lelaki. Ternyata apa yang saya hajatkan untuk lagu itu menjadi.

“Selalunya cabaran tarian antarabangsa yang selalu jadi ikutan tapi jelas rakyat Malaysia turut menyokong produk tempatan juga. Saya sangat terharu dengan sokongan itu,” katanya.

Sejak dilancarkan tiga minggu lalu, muzik video (MV) Hajat di YouTube mencapai tontonan lebih 3 juta dalam tempoh itu.

MV berkenaan turut menampilkan pelakon Sherry Alhadad, Dottie, dan selebriti terkenal dari Thailand, Happy Polla.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here