TERKINI: 2 maut, 1 cedera ditembak guru di Riyadh

0
45


KENDERAAN polis dilihat memasuki ke Kingdom Schools di Riyadh, hari ini. – Foto AFP

RIYADH: Dua maut manakala seorang cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah sekolah swasta di ibu negara Arab Saudi di sini, hari ini.

Pengetua sekolah memberitahu Reuters ketika kejadian tiada pelajar berada di sekolah kerana cuti sempena Ramadan.

“Kejadian tembakan itu membabitkan ‘kes seorang pekerja yang tidak berpuas hati, ” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kingdom Holding dan Pengerusi Kingdom Schools, Talal al-Maiman, yang mengendalikan operasi sekolah berkenaan.

“Kami cukup kesal apabila bangunan pentadbiran Kingdom Schools pagi ini menyaksikan insiden tembakan oleh seorang warga Arab Saudi yang dipecat daripada sekolah kira-kira empat tahun lalu atas isu kemarahan dan personaliti yang tidak stabil, ” katanya.

Katanya, mangsa masing-masing adalah seorang rakyat Arab Saudi dan seorang warga Palestin dan keadaan kembali terkawal menjelang tengah hari.

Difahamkan, sekolah terbabit ditutup sejak seminggu lalu sempena Ramadan, sejajar dengan perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Sementara itu, AFP yang memetik sumber yang enggan dikenali melaporkan, seorang guru mengeluarkan senjata api sebelum menuju ke bilik guru dan membunuh penolong pengetua dan salah seorang kakitangan sekolah itu.

Reuters/AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here