TERKINI: 26 maut, 25 cedera serangan gereja Mesir

0
53


MAYAT mangsa serangan sekumpulan lelaki bertopeng terhadap bas membawa kumpulan penganut Kristian Koptik di Minya, Egypt. – Foto AP

KAHERAH: Serangan sekumpulan lelaki bertopeng terhadap bas membawa kumpulan penganut Kristian Koptik yang mahu melawat biara di selatan ibu kota Mesir hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 26 nyawa terbunuh termasuk ramai kanak-kanak.

Kementerian Dalam Negeri berkata, penyerang menaiki tiga trak pikap menyerang bas yang membawa pelawat ke biara Saint Samuel di wilayah Minya, terletak lebih 200 kilometer dari ibu kota ini sebelum melarikan diri.

Ia adalah serangan terbaru ke atas penganut Koptik selepas militan Daesh mengebom tiga gereja pada Disember dan April lalu, mengorbankan berpuluh penduduk Kristian.

Gambar bas disiarkan televisyen tempatan menunjukkan kenderaan dipenuhi peluru mesingan dan tingkap pecah.

Televisyen tempatan memetik seorang pegawai kementerian kesihatan sebagai berkata, sejumlah besar mangsa adalah kanak-kanak.

“Mereka menggunakan senjata automatik,” kata Gabenor Minya Essam el-Bedawi kepada televisyen tempatan.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Khaled Megahed berkata, 26 orang terbunuh dan 25 lain cedera. Penganut Kristian Koptik di Mesir berjumlah 10 peratus daripada 90 juta penduduk.-AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here