TERKINI: 5 maut taufan Mora di Bangladesh

0
28


Pelarian Rohingya berjalan sebelah pondok di kem sementara di daerah Bazar Bangladesh Cox selepas Taufan Mora melanda Bangladesh hari ini. – Foto AFP

DHAKA: Lima maut manakala kawasan penempatan pelarian Rohingya musnah selepas Taufan Mora melanda Bangladesh hari ini.

Pihak berkuasa berkata, hampir 600,000 penduduk sudah dipindahkan dari kawasan berisiko sebelum taufan melanda daerah pesisiran pantal Cox’s Bazar, awal pagi tadi, yang membawa angin dengan kelajuan 135 kilometer sejam.

Pihak berkuasa pengurusan bencana berkata kepada AFP, setakat ini lima orang disahkan maut, dengan empat daripadanya akibat ditimpa pokok.

Kawasan yang dilaporkan musnah teruk ialah kem penempatan 300,000 pelarian Rohingya di Cox’s Bazar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here