TERKINI: 8 maut dandang kilang pakaian meletup

0
28


DHAKA: Sekurang-kurangnya lapan maut manakala 50 lagi cedera selepas sebuah dandang meletup di sebuah kilang pakaian, semalam.

Siasatan mendapati terdapat puluhan buruh di lokasi ketika letupan menggegarkan bangunan setinggi enam tingkat itu, mengakibatkan sebahagian dindingnya runtuh.

Pegawai Polis, Harunur Rashid memberitahu, kilang itu dimiliki pengeluar tekstil dikenali sebagai Multifabs yang bertanggungjawab menghasilkan pakaian untuk jenama Eropah.

“Kejadian itu sangat dahsyat. Anggota bomba kini sedang melakukan kerja-kerja menyelamat. Letupan dari dandang kilang terbabit turut memberi kesan kepada bangunan berhampiran,” katanya.

Sementara itu, timbalan penolong pengarah kilang berkenaan, Mohammad Akhteruzzaman berkata, enam mayat dijumpai di lokasi kejadian manakala dua lagi mangsa menghembuskan nafas terakhir di hospital.

“Mangsa yang maut termasuk orang awam yang berjalan di luar bangunan ketika letupan berlaku,” katanya. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here