TERKINI: 80 maut, letupan bom kereta

0
27


ANGGOTA keselamatan Afghanistan mengawal lokasi serangan susulan letupan bom kereta di kawasan diplomatik di Kabul, hari ini. – Foto AFP

KABUL: Angka korban akibat letupan bom kereta di kawasan diplomatik di sini awal pagi tadi meningkat kepada lebih 80 orang dengan lebih 300 lagi cedera.

Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan berkata, setakat ini masih belum jelas sasaran sebenar serangan berkenaan dan siasatan sudah dijalankan.

Sementara itu, Taliban nafi bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, dalam satu kenyataan berkata pergerakan itu tidak terbabit sekali gus menegaskan bahawa ia mengutuk sebarang serangan rambang yang mengakibatkan orang awam terkorban. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here