TERKINI: Gempa bumi di Sulawesi

0
47


JAKARTA: Pihak berkuasa tidak mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi yang melanda kawasan tengah wilayah Sulawesi, sebentar tadi.

Selain itu, pihak berkuasa juga tidak menerima laporan mengenai kemusnahan atau kerosakan harta benda.

Menurut saintis Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Imam Faturrachman, gempa bumi yang berpusat di kawasan darat itu tidak mempunyai potensi menyebabkan tsunami.

Bagaimanapun, radio El Shinta melaporkan, penduduk keluar dari rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Sebelum ini, Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa bumi dengan kekuatan 6.6 magnitud dengan kedalaman 9.4 kilometer.

AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here