TERKINI: Harimau serang penjaga zoo masih hidup

0
36


LONDON: Polis Britain mengesahkan harimau yang membunuh penjaga zoo wanita masih hidup.

Bagaimanapun, beberapa maklumat mengenai insiden yang berlaku di Zoo Hamerton Park sudah didedahkan, termasuk identiti penjaga zoo wanita berusia 34 tahun, yang dikenali sebagai Rosa King.

King dilaporkan sudah bertugas di zoo terbabit kira-kira 14 tahun.

Siasatan mengenai kejadian berkenaan sedang dijalankan dan zoo yang terletak kira-kira 130 kilometer ke utara London itu juga sudah ditutup.

Polis Cambridgeshire berkata, harimau yang terbabit dalam kejadian itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Zoo Hamerton Park menyifatkan kejadian semalam sebagai satu kemalangan ngeri.

Susulan insiden itu, zoo terbabit terpaksa dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga tetapi pihak zoo mendakwa keadaan itu tidak membahayakan orang awam.

AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here