TERKINI! Laporan audit 1MDB, bukan lagi rahsia

0
607
Advertisement

KUALA LUMPUR: Laporan audit negara berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini tidak lagi diklasifikasikan sebagai rahsia, kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad.

“Saya merujuk laporan audit 1MDB yang diklasifikasikan sebagai RAHSIA pada 22 Jan 2016 dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) pada 4 Mac 2016.

“Saya memaklumkan bahawa laporan Pengauditan 1MDB tersebut diklasifikasikan semula sebagai DOKUMEN TERBUKA,” katanya dalam satu kenyataan media lewat petang ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pertemuan Madinah dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad awal hari ini.

Orang ramai yang ingin mengetahui rumusan dari laporan itu kini boleh diakses dalam laman web Jabatan Audit Negara di www.audit.gov.my.

Ketika pentadbiran Perdana Menteri sebelum ini, Datuk Seri Najib Tun Razak, orang ramai menunggu hasil laporan Jabatan Audit Negara berkaitan 1MDB.

Bagaimanapun, setelah laporan itu selesai, ia diklasifikasikan sebagai rahsia dan ia menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here