TERKINI: Mangsa banjir Sri Lanka kini 177 orang

0
72


SEORANG warga Sri Lanka terpaksa meredah banjir selepas diarah meninggalkan kediaman. – Foto AFP

KALUTARA: Jumlah mangsa banjir di Sri Lanka meningkat kepada 177 orang dan ia memaksa lebih ramai anggota tentera dikerah di lokasi kejadian membantu mangsa.

Pihak tentera berkata, keadaan hujan yang reda membolehkan pihaknya mengerah lebih banyak pesawat, bot penyelamat dan anggota tentera darat memindahkan mangsa dari kawasan banjir, selain menghantar bekalan yang diperlukan.

Kira-kira 500,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing berikutan banjir dan tanah runtuh di sebahagian besar negara itu, berpunca daripada hujan lebat.

“Saya sudah tinggal di kawasan ini selama 27 tahun dan kami sudah beberapa kali berdepan dengan banjir, tetapi tidak pernah mengalami banjir seperti ini,” kata tukang kayu, J H Siripala, 62, kepada AFP.

Sementara itu, Dhanushka Fernando, 28, berkata rumahnya dinaiki air setinggi 2.5 meter pada Ahad lalu.

“Kami berdepan banjir pada 2003 tetapi bukan seperti ini,” katanya Fernando kepada AFP.

Banjir yang berlaku pada Mei 2003 mengorbankan seramai 250 mangsa dan memusnahkan 10,000 kediaman, berikutan musim monsun.

AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here