TERKINI: Seorang lelaki ditahan kes letupan Manchester

0
50


Sebuah unit tentera pemusnah bom kelihatan semasa operasi keselamatan di Springfield Street di Wigan, Greater Manchester. – Foto AFP

MANCHESTER: Polis Britain menahan seorang lagi lelaki hari ini, susulan insiden pengebom nekad di Manchester Arena, Isnin lalu.

Polis Greater Manchester dalam mesej di Twitter berkata, lelaki itu diberkas di kawasan Moss Side dan tangkapan terbaru itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan setakat ini kepada 10 orang.

“Lapan lelaki masih dalam tahanan polis selepas seorang lelaki dan seorang wanita dibebaskan tanpa sebarang tuduhan,” katanya.

Pengebom nekad membunuh 22 orang dalam kejadian yang berlaku di dalam Manchester Arena dan Perdana Menteri Britain, Theresa May menyifatkan insiden sebagai tindakan menjijikkan kerana menyasarkan kanak-kanak serta golongan muda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here