TERKINI: Tiga polis maut, 10 cedera letupan Jakarta

0
52


Pemandangan dari udara lokasi letupan bom di Jakarta, menurut laporan media, sekurang-kurangnya tiga pegawai polis terbunuh dan 10 mangsa cedera selepas dua letupan melanda stesen bas di timur Jakarta. – Foto EPA

JAKARTA: Tiga anggota polis terbunuh manakala 10 mangsa cedera selepas pengebom nekad meletupkan dua bom berhampiran sebuah stesen bas di bahagian timur Jakarta.

Menurut polis, kedua-dua letupan berlaku dalam tempoh lima minit di terminal Kampung Melayu di sini.

Jurucakap polis, Setyo Wasisto, berkata tiga anggota polis maut dan siasatan menunjukkan kejadian didalangi dua pengebom nekad.

“Lima anggota polis dan lima orang awam cedera,” katanya.

Setakat ini, katanya, polis belum mengesahkan pembabitan militan Islam dengan insiden itu.

Katanya, polis yang meninggal dunia bertugas mengawal sekumpulan orang awam mengadakan perarakan.

“Ketika kejadian. perarakan terbabit belum melintasi kawasan insiden.

“Kedua-dua suspek disahkan lelaki dan identiti mereka akan diumumkan kemudian,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Setyo berkata, siasatan mendapati bahan letupan itu diletakkan dalam periuk tekanan dan kaedah sama digunakan oleh penyerang dalam serangan bom di Bandung pada Februari lalu.

Bagaimanapun, penyerang terbabit dibunuh pihak polis dan dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian kumpulan radikal militan Daesh. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here