'Terlalu mahal, saya tak mampu' – Salman Khan dedah sebab masih belum berkahwin

0
64
Advertisement

PELAKON popular Bollywood, Salman Khan mendedahkan sebab mengapa dia masih belum mendirikan rumah tangga sehingga ke hari ini.

Memetik laporan NDTV, Salman, 52 tahun berkata majlis perkahwinan kini terlalu mahal dan dia tidak mampu untuk menampung perbelanjaannya.

“Majlis perkahwinan sudah menjadi satu perkara yang besar sehingga ramai yang sanggup menghabiskan banyak wang untuk berkahwin.

“Saya tidak mampu, sebab itulah saya masih bujang,” katanya seperti yang dipetik portal tersebut.

Sungguh pun begitu, dia dikatakan pernah menganjur sebuah majlis perkahwinan untuk kakaknya Arpita pada 2014 di Istana Falaknuma, Hyderabad di mana kos jamuannya antara yang termahal di India.

Selain itu, Salman juga telah disenaraikan oleh majalah Forbes pada 2017 sebagai antara tiga pelakon Bollywood yang menerima bayaran termahal iaitu AS$37 juta (RM145,021,583) setahun.

Pendedahan sedemikian bukanlah yang kali pertama dibuat oleh Salman.

Pada 2016, dia pernah membuat pengakuan bahawa punca utama dia tidak berkahwin adalah kerana merasakan dia tidak mampu menjadi seorang suami yang baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here