Terperangkap 1,000 meter bawah tanah, mereka selamat!

0
112
Advertisement
JOHANNESBURG: Tiada apa yang dapat diucapkan dengan kata-kata selain berasa lega selepas melalui pengalaman terperangkap lebih 24 jam.

Kesemua 955 pekerja di Afrika Selatan yang terperangkap di dalam lombong emas dengan kedalaman hingga 1,000 meter bawah tanah berjaya dikeluarkan pada pagi Jumaat.

Mangsa yang terperangkap sejak Rabu malam itu diselamatkan selepas bekalan elektrik yang terputus disambung semula.

Ribut taufan yang membadai di kawasan lombong emas Beatrix itu menyaksikan bekalan elektrik terputus dan meyebabkan kesemua 955 pelombong itu terperangkap.

Lombong Beatrix terletak di bandar Welkom, kira-kira 290km di barat daya Johannesburg dan   dimiliki oleh syarikat perlombongan Sibanye-Stillwater.

Menurut media tempatan, anggota keluarga yang berang telah berkumpul berdekatan lombong berkenaan bagi mengetahui perkembangan semasa mangsa.

Sebahagian ahli keluarga mangsa-mangsa yang terperangkap menunggu di luar lombong emas berkenaan. Foto: AP

Jurucakap syarikat, James Wellsted memaklumkan, kesemua mangsa berada dalam keadaan baik.

“Semua pekerja berjaya diselamatkan dan pihak kami juga telah menyediakan makanan dan minuman untuk mangsa telibat,” ujarnya.

Mereka juga diminta menjalani pemeriksan kesihatan dan kaunseling sebelum dibenarkan pulang.

Pekerja lombong yang terperangkap, dikumpulkan dan di bawa menaiki bas. Foto: AP

Salah seorang pekerja yang terperangkap melambaikan tangan sejurus diselamatkan. Foto: AP
Dalam pada itu, kesatuan sekerja menyuarakan kembimbangan  mereka terhadap kehidupan pelombong yang terpaksa melalui ekosistem yang penuh risiko.

Lebih daripada 80 kematian telah direkodkan di lombong Afrika Selatan sepanjang 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here